TRANSLATE THIS WEBSITE

Khamis, 5 Jun 2014

Pentingnya belajar bahasa Arab !

Apakah kepentingan Bahasa Arab bagi saya? Semasa saya kecil saya belajar bahasa Arab komunikasi.Saya belajar di sekolah rendah,menengah dan universiti.Pada mulanya saya tidak berminat mempelajari bahasa Arab tersebut.Tetapi lama kelamaan saya mula mencintai dan mendalami Bahasa ini dengan baik.Tetapi jika dahulu saya belajar bahasa Arab komunikasi untuk lulus dalam peperiksaan.Saya mahu cemerlang dalam subjek bahasa Arab kerana mahu CGPA saya tinggi di universiti.
Jadi,apakah sebenarnya kepentingan Bahasa Arab bagi saya? Sekadar mahu lulus peperiksaan? Sekadar mahu mencapai target CGPA? Malah,di Malaysia ini bila kita belajar Bahasa Arab tetapi tidak dipraktikkan sesama sendiri.Susah untuk kita bercakap dalam bahasa Arab dikebanyakan tempat. Dah lupa kembali sedangkan al-Quran dibaca dan dikaji setiap masa di seluruh dunia dari dulu hingga akhir zaman.Jadi,apalah gunanya.Ilmu yang tidak dimanfaatkan umpama pokok yang tidak berbuah.
Jadi setelah saya mengenali myarabquran.Barulah saya tahu bahawa penting kita belajar Bahasa Arab untuk memahami isi kandungan Al-Quran itu sendiri.Itulah sebab yang kita cari dan matlamat sebenar belajar bahasa arab adalah memahami al-quran kitab wahyu yang agung dari pencinta.Itulah kepentingan sebenar kita, mendalami ilmu Al-Quran ini, ilmu Allah yang amat luas. Saya berjanji pada diri saya akan mempelajarinya sehingga akhir hayat. Ini juga satu-satunya yang boleh membela saya dan setiap individu yang mengaku dirinya beriman pada hari akhirat nanti. “Ya Allah! Engkau berikanlah pada diriku dan umat islam seluruh dunia ini agar kembali kepada al-Quran tidak mengira bangsa, keturunan dan darjat, berpegang teguh kepadanya, agar setiap ayat yang kami baca meresap ke sanubari kami, orang yang sesat mendapat petunjuk, orang yang lalai, tersedar dari kelalaiannya, orang yang lupa teringat kembali sampai bila-bila, orang yang berdosa kembali bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi. Ya Allah dengarlah rintihan hati kami ini”.
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca,diperdengarkan,dihafaz dan dimerdukan bacaanya.Tetapi penting untuk kita memahami setiap makna bacaan,menghayati isi kandungannya lalu menzahirkan dalam perilaku kita.
“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. An-Nisa’ 4:82
Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT di dalam Bahasa Arab supaya semua umat di pelusuk dunia boleh memahaminya.Bahasa Arab adalah bahasa universal.Bahasa Arab ialah bahasa yang mudah.Bahasa Arab adalah bahasa syurga.Memang banyak kepentingan Bahasa Arab.Tetapi bahasa Arab amat penting bagi saya mungkin bukan dalam segi komunikasi.Malah untuk tanggungjawab saya sebagai muslim iaitu memahami isi kandungan Al-Quran dan Hadith.Al-Quran dan Hadith tidak dapat difahami dengan baik melainkan dengan mendalami bahasa Arab.
Semoga usaha ustaz shafiee ini memberi manfaat yang amat besar kepada umat islam kerana sistem yang mudah dan terkini ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan kefahaman al-Quran, serta berlumba-lumbalah kita untuk mendapat pengampunan dari Allah sebelum peluang ini hilang tanpa dirancang.
Artikel ini ditulis kerana saya mahu menang wang tunai dari myarabquran.Pelajari bahasa arab secara online dan interaktif di myarabquran.com & Fahami Al-quran mulai sekarang!
Ummu hanun al-maliezi
Pemenang Tempat Kedua:
Penting ke!! mempelajari bahasa arab ini? Persoalan ini mungkin bermain di minda masyarakat sekarang yang kurang pengetahuan ilmu islam.Ingin saya mendedahkan ,apakah kepentingan yang kita akan perolehi, bilamana kita dapat menguasai bahasa arab dengan sepenuhnya……
Arab adalah bahasa Al-Qur’an ,bahasa utama umat islam sejak Bahasa zaman nabi Muhammad SAW. Kepentingan bahasa Arab tidak dapat dinafikan lagi terutamanya dari konteks agama. Al-Qur’an ditulis dalam bahasa Arab dan hidupnya bahasa ini banyak terkesan daripada mukjizat al-Qur’an yang dijamin oleh Allah SWT.
Antara ciri-ciri istimewa dan kepentingan bahasa Arab ialah ia telah dipilih Allah sebagai bahasa rasmi al-Quran yang merupakan pedoman asas untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini dijelaskan dalam surah Yusuf ayat kedua bermaksud:-
‘’Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu menggunakan akal (untuk memahaminya).’’
Dengan menguasai bahasa arab akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-qur’an dan hadis Rasulullah.Begitu juga, kitab-kitab karangan ulama’ silam berbangsa Arab ditulis dalam bahasa Arab bahkan banyak lagi rujukan untuk ilmu-ilmu selain agama ditulis didalam bahasa Arab meskipun penulisnya bukan berbangsa Arab.
Di negara kita,bahasa arab sudah lama bertapak kukuh.Banyak tokoh ilmuan yang muncul dan banyak institusi dan badan-badan yangmengembangkan bahasa arab.
Bagi seorang muslim , bahasa Arab bukanlah sesuatu yang asing. Sejak  lahir kita telah mendengar lafaz azan yang sememangnya bahasa Arab. Dalam kehidupan seharian kita menggunakan bahasa Arab iaitu ketika berwuduk, azan, iqamat, solat dan berdoa.
Kejahilan dan kelemahan umat islam mendalami bahasa arab akan mewujudkan sebuah masyarakat yang tidak kreatif,kurang dinamik.Oleh yang demikian, umat islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-qur’an ini sebaik mungkin.
Bila dirujuk balik didalam kitab wasiat imam hasan al-banna,katanya : meminta kita agar dapat mempelajari dan berusaha keras memahami bahasa Arab.persoalannya ,kenapakah terlalu pentingnya khususnya umat islam memahami bahasa arab dengan fasih?
Ini dijelaskan lagi dalam firman Allah,surah asy-syu’raa yang bermaksud :
“(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.”
Oleh yang demikian, kita berusaha untuk mempelajari bahasa Arab kerana bahasa ini menjadi medium bagi mendapatkan sumber ilmu yang sebenarnya.
Kesimpulannya,kita perlu jelas dalam mempelajari bahasa Arab.Mempelajari bahasa ini memerlukan suatu keazaman yang tinggi serta pengorbanan masa dan wang ringgit. Kebosanan akan muncul sekiranya kita tidak mempunyai tujuan yang jelas .
Artikel ini ditulis kerana saya mahu menang wang tunai dari myarabquran.Pelajari bahasa arab secara online dan interaktif di myarabquran.com & Fahami Al-Quran mulai sekarang!
azhari nurdin
Pemenang Tempat Ketiga :
Untuk mendekatkan diri kepada Allah, kita solat, kita zikir, berdoa dan membaca Al-Quran. Semua itu dalam Bahasa Arab. Kalau yang kita baca itu tidak kita ketahui maknanya, samalah seperti burung kakak tua bercakap. Itulah pentingnya kita memahami Bahasa Arab. Apa yang kita lakukan setiap hari, kita tahu maksudnya. Dengan itu, kita sendiri dekat dengan Allah.
Pengalaman menarik bagi saya:
Semenjak saya mempelajari Bahasa Arab dari myarabquran.com, hati menjadi terbuka luas untuk lebih mendalam mencari dan mencari makna dan istilah yang terkandung di dalam Al-Quran. Guru mengajar di kelas lebih membantu saya. Saya tidak banyak membuang masa sekarang kerana masa yang terluang buat saya saya gunakan untuk arabquran. Saya juga menyimpan harapan yang tinggi untuk menjadi pelajar cemerlang dalam arabquran satu masa nanti, InsyaAllah.
Artikel ini ditulis kerana saya mahu menang wang tunai dari myarabquran.Pelajari bahasa arab secara online dan interaktif di myarabquran.com & Fahami Al-Quran mulai sekarang!
Sekian. Terima kasih.






Ingin menerima tips-tips berkaitan Bahasa terus ke emel anda? ....Taip Emel dalam kotak dibawah & Klik Langgan:




kelas bahasa inggeris , kelas bahasa arab , kelas bahasa mandarin , kursus bahasa arab , kelas bahasa english , kelas bahasa cina , kelas bahasa inggeris di kuala lumpur , kursus bahasa , kelas bahasa JEPUN , kelas bahasa jepun , bahasa jepang , kelas bahasa inggeris shah alam , kelas bahasa melayu , kelas bahasa kantonis , language courses , jawatan kosong guru tuisyen, kerja kosong guru tuisyen, kekosongan guru home tuition, jawatan kosong cikgu tution, kerja kosong cikgu tuisyen, jawatan kosong guru tuisyen ke rumah, jawatan kosong tuisyen di rumah, kerja sambilan guru tuisyen, kerja part time cikgu tuisyen, jobs home tutor, vacancy part time tuition teacher, pengajar kursus autocad diperlukan, online language learning courses , language courses online , language course online , free online language courses , online free language courses , language courses online for free , language courses free online , language courses online free , free language courses , language courses free , online free language course , belajar bahasa , belajar bahasa chinese , games belajar bahasa melayu , belajar bahasa ingris , belajar bahasa spanish , cara nak belajar bahasa inggeris , belajar bahasa france , belajar bahasa perlis , belajar bahasa jepun , learn japanese , belajar bahasa cantonese , cara mudah belajar bahasa english , belajar bahasa serawak , belajar bahasa matematik , belajar bahasa melayu online , belajar bahasa yunani , belajar bahasa java , belajar bahasa program , belajar bahasa html , belajar bahasa php , belajar bahasa inggis , belajar bahasa cina , belajar bahasa mandarin , belajar bahasa english , belajar bahasa melayu , belajar bahasa thai , belajar bahasa jepun , belajar bahasa jawa , belajar bahasa inggeris , belajar bahasa sarawak , belajar bahasa cina mandarin , belajar bahasa iban , belajar bahasa thailand , belajar bahasa malaysia , belajar bahasa inggris , belajar bahasa terengganu , belajar bahasa english online , cara belajar bahasa english , belajar bahasa perancis , belajar bahasa inglish , belajar bahasa sabah , belajar bahasa perak , belajar bahasa cina online , belajar bahasa brunei , belajar bahasa jerman , belajar bahasa thailand online , belajar bahasa tagalog , belajar bahasa dusun , belajar bahasa siam , belajar bahasa urdu , belajar bahasa jepang , cara belajar bahasa cina , belajar bahasa pahang , belajar bahasa myanmar , belajar bahasa korean , belajar bahasa sungai , belajar bahasa mexico , belajar bahasa al quran , belajar bahasa arab , belajar bahasa arab online , belajar bahasa arab komunikasi , belajar bahasa arab asas , belajar asas bahasa arab , belajar bahasa arab online percuma , belajar bahasa korea , bahasa korea , nak belajar bahasa korea , belajar bahasa korea download , belajar bahasa korea secara online , mari belajar bahasa melayu , mari belajar bahasa tagalog , mari belajar bahasa filipina , mari belajar bahasa malaysia  
KLIK ICON TWITTER & FACEBOOK DIBAWAH DAN SHARE INFO DI LAMAN INI BERSAMA  KENALAN ANDA.... Sharing is COOL !

0 comments:

Catat Ulasan

Borang Kelas Bahasa LingGO (Hanya untuk diisi oleh PELANGGAN):

Emelkan maklumat dibawah ke " LingGO@gmail.com " :

==================================================

Tajuk/Email Title: " Booking Guru Bahasa "

Isi emel/content:

- Nama penuh pelajar (Your Name) :
- No. Tel anda (Contact):
- E-mel anda (Email):

- Kelas Bahasa yang anda ingin ambil ? : (Bahasa Inggeris? - Mandarin?- Bahasa Isyarat (OKU)? )

- Anda ingin mengambil Kelas Bahasa secara online? : (ya / tidak)

- Hari pengajian yang diingini (Schedule) : (hujung minggu/hari biasa? e.g every Tuesday)
- Waktu pengajian (Time): (pukul berapa? e.g 8.30 pm - 9.30 pm)

- Alamat rumah pelajar (Home Address): (Guru tidak akan dihantar jika alamat rumah tidak diisi)

- Negeri anda (Region): (e.g Singapura)

==================================================

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes